PENDAFTARAN AHLI BARU
Pendaftaran ahli baru kini dibuka untuk seluruh Kariah Alam Damai yang berumur 18 tahun ke atas.
SEMAK & BAYAR YURAN KEAHLIAN
Ahli yang telah berdaftar boleh menyemak status bayaran serta membuat bayaran yuran.
MAKLUM KEMATIAN
Sekiranya ada kematian dikalangan kariah Alam Damai, sila maklum melalui Borang Makluman ini.
Soalan Lazim
Ya. Senarai bayaran 'Belum Selesai' akan dipaparkan selepas carian ahli dilakukan.
Klik 'Bayar Sekarang' untuk membuat bayaran secara perbankan atas talian atau QR Pay.
Status bayaran akan dikemaskini serta merta selepas transaksi bayaran berjaya.
Anda boleh klik pautan pendaftaran ahli untuk mendaftar sebagai Ahli PKKAD yang baru.
Syarat Pemohon Baru adalah:
1. Muslim;
2. Berumur 18 tahun;
3. Kariah Alam Damai; dan
4. Permohonan berserta bayaran Yuran Pendaftaran,
5. Fi Penyediaan Wasiat serta Yuran Tahunan terkini.
Anda perlu menunggu kelulusan dari pentadbir khairat terlebih dahulu sebelum yuran pendaftaran dan yuran tahunan dijelaskan.
Selain kos pengurusan
jenazah dan pengebumian, kos pengurusan pusaka juga perlu disediakan untuk
memudahkan waris mengurus pusaka si mati.
Antara perkara yang membantu urusan pusaka adalah penyediaan wasiat dan perancangan pusaka yang baik.
Asas Program Wasiyyah adalah untuk;
“Diwajibkan ke atas kamu, apabila seseorang antara kamu didatangi tanda kematian, jika dia meninggalkan harta, hendaklah dia berwasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik...” — Surah Al-Baqarah 2:180 Allah SWT telah mewajibkan persediaan wasiat sebagai tanda tanggungjawab seseorang yang ada harta atau amanah/pusaka. “Tidak patut bagi seorang Muslim yang mempunyai sesuatu yang hendak diwasiatkan, bermalam dua malam melainkan wasiatnya telah tertulis di sisinya.” — Sahih al-Bukhari & Sahih Muslim Rasulullah SAW sendiri menekankan supaya seorang Muslim tidak menangguhkan penyediaan wasiat. Maknanya, wasiat itu penting sebagai persediaan sebelum mati — bukan untuk melawan Faraid, tetapi untuk memastikan urusan kita nanti jelas dan tidak menyusahkan waris. Dengan erti kata lain, “Sediakan wasiat bukan sebab nak hampir mati, tapi sebab Rasulullah SAW ajar kita hidup dalam keadaan bersedia untuk mati dan bertanggungjawab.”
